Thursday 29 May 2014

Director Journal Week 8,9,10,11 & 12

Week 8
Kumpulan kami telah menghabiskan penggambaran yang akhir pada cuti separuh penggal yang lalu di Melaka. Pada asalnya, kumpulan kami akan pergi ke Melaka bersama-sama, namun bagi mengurangkan kos perbelanjaan, akhirnya Zizi dan Suhung sahaja yang pergi dan bersama Hisyam mereka berjaya menyiapkan fasa penggambaran dan menyelesaikan semua masalah. Hisyam akan menyuntingkan shot-shot yang diambil dan menyelesaikan post production sebelum SCREENING NIGHT!!

Week 9
Pada minggu ini, kami diminta untuk menerangkan semula slide yang dipelajari sebelum ini. Biarpun tugas saya sebagai PROPS telah tamat sekian sahaja, namun kelas ini banyak lagi yang kami perlu pelajari dan banyak lagi yang kami tidak faham tentang kursus ini. Saya berpendapat, cara pengajaran Dr Azalan minggu ini amat berkesan berbanding minggu lain. Hal ini kerana kami tidak lagi mengantuk atau bermimpi dalam kelas, tiba-tiba kelas kami menjadi bersemangat dan bergurau senda apabila rakan salah menjelaskan maksud benar slideshow tersebut. Namun kami tetap berfokus kepada kelas dan menunggu "kemunculan" jawapan sebenar.

Week 10
Hmm~ tiba-tiba kami diminta menyediakan satu sinopsis dan akan diberi markah berdasarkan sinopsis ini. Dan selepas pitching, kami dikehendaki untuk menaip dan upload pada FACEBOOK kursus SENI PENGARAHAN FILEM. Secara jujurnya, saya langsung tidak berbakat dalam membuat cerita. Seperti yang dikatakan oleh Steven Spielberg, "people have forgotten how to tell a story. Stories doesn't have a middle or an end anymore. They usually have a beginning that never stop beginning." Masalah terbesar semasa pembinaan satu plot cerita itu, saya selalu menghadapi masalah untuk meneruskan cerita kepada klimaks dan seterusnya pengakhiran cerita. T~T Akhirnya, Dr Azalan suruh saya redo sinopsis saya, alamak!! saya langsung tak tahu bahagian mana yang kena buat semula, atau seluruhnya perlu dibuat semula?!!

Week 11
Pada minggu ini, kami telah mengambil ujian bagi setiap kumpulan produksi. 10% keseluruhannya tetapi kami diminta untuk hadir pada hari Selasa jam 3 petang. Kami diminta untuk menyediakan segala hard copy yang ada dan bersiap sedia untuk ujian tersebut. Amat saya gementar kerana akan mewakili kumpulan kami untuk menjawap soalan ujian. Nasib baik akhirnya Hisyam yang mengganti saya. Namun kami ada ujian kali kedua bagi kelas Produksi TV dan markah keseluruhan kali ini adalah sebanyak 20%. Kami diminta bersedia dari segi:
Aspects of evaluation?
1. Narration (story, dramatic appeal, 3 act structure)
2. Sound (music, dialogue, silence, narrator, sound effects)
3. Shot (focus, frame, angle, movement, space, sets, light, color)
4. Editing (order, cuts, duration, rhythm, continuity, montage).
 
Dengan pengalaman Hisyam daripada ujian Selasa itu, kami cuba menyediakan diri dengan soalan-soalan yang akan ditanya. Misalnya, jenis shot, jenis-jenis cut dan membaca semua slideshow yang diberi oleh Dr Azalan sebelum ini. Meskipun ujian-ujian ini hampir "membunuh" saya, tetapi secara jujur setidak-tidaknya kami akan mengulangkaji pengajaran kursus. Dan kali ini, saya, Ameera dan Shuhada pula bersama-sama Director kita, Hisyam mewakili kumpulan produksi lolipop bagi ujian ini. Akhirnya, kumpulan kami mendapat keputusan yang agak memuaskan. (XD haha dan rasa soalan kali ini sangat mudah, kadang-kala berasa ingin sangat menjawab bagi rakan yang tidak dapat menjawab dengan tepat)

Week 12
Satu minggu sebelum Screening Night kami diberitahu bahawa kami hendak menyediakan transport ke Armada Hotel sendiri. ALAMAK!! sakit kepala dah kali ni. Tetapi rasanya kami sempat tumpang van jabatan kot.
Dan kami digemparkan sekali lagi dengan ujian temuramah daripada pensyarah UPM, Dr Rosya. O_O!! Sudah agak terlambat semasa saya mendapat tahu tentang ujian ini. Langsung tak bersedia!!! Dan tidak seperti minggu lepas, soalan-soalan yang ditujukan oleh Dr Rosya amat profesional, teknikal dan sukar untuk saya. Namun, selepas Dr Rosya menonton hasil produksi kami, beliau mengemukakan beberapa cadangan dan pembetulan. Dengan ini, kami menyedari kepentingan perancangan suntingan, jalan cerita, ideologi periklanan dan elemen-elemen lain yang harus dititikberat dalam penghasilan sebuah iklan yang sempurna. Pengajaran hari ini amat berharga, hal ini kerana kami telah mendapat pengalaman yang amat bernilai dan profesional daripada Dr Rosya.

No comments:

Post a Comment