Sunday 2 March 2014

Week 1 Director Journal

Minggu PERTAMA dalam kelas ini, Dr Azalan menerangkan scope dan pengajaran kursus ini dan bagaimana ia membantu kita pada hari kelak. Dan kami diberitahu bahawa kami akan menyempurnakan beberapa produksi pada akhir semester ini. Berasa tekanan yang amat besar terutamanya dalam kelas Dr Azalan kerana saya faham bahawa saya bukannya seorang yang berbakat dalam seni filem. Dan sebagaimana kami sertai pada tahun pertama, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Amat bernasib baik kita bebas untuk memilih produksi yang diingini. Antara semua produksi, termasuklah PSA, Dokumentasi, Periklanan, saya telah memilih produksi Periklanan. Ingin disertakan pengetahuan yang diperoleh daripada Dr Siti pada kelas Periklanan semester lepas dalam produksi ini dan mengeluarkan hasil yang menawan hati ramai.
   Sejurusnya, amat gembira dapat sekumpulan dengan Suhung dan Zizi, dan amat bangga dapat diketuai oleh Hisham kerana dia amat berbakat dan berpengalaman dalam produksi shooting. Kumpulan periklanan kami akan menghasilkan iklan Lolipop pada semester ini. Hmm... agaknya apa yang akan kami hasilkan dengan lolipop dan bila pulak pengambarannya? Tidak ternanti-nanti kami untuk sesi pengambaran.
   Kami diberitahu akan melakukan pengambaran di MELAKA!!!!! 
   XD hahaha semestinya saya gembira, teringat pada makanan-makanan yang boleh saya dapat tak lama lagi, lagi saya teruja. T~T tapi dengar kata, bukannya seluruh kumpulan akan menyertai sesi pengambaran di Melaka, hati saya terus kecewa, ingatkan kumpulan pengambaran akan melibatkan semua ahli di tempat pengambaran.
  Namun, saya telah ditugaskan sebagai props, di mana saya akan bertugas untuk menyediakan perlatan  yang diperlukan. Sedih untuk rakan yang tidak dapat ikut sama ke sesi pengambaran, tetapi inilah peluang saya untuk belajar bagaimana sebuah produksi dihasilkan dari ZERO ke BRAVO!!

No comments:

Post a Comment