Sunday 2 March 2014

Week 2 dalam Kelas Director Journal

Perbincangan kumpulan pada mesyuarat minggu ini, kita disertai oleh beberapa pelajar yang mengambil kursus jabatan Media sebagai elektif luar, beberapa daripada mereka adalah berasal dari Fakulti Undang, dahsyat!!
  Kami disertai oleh beberapa junior dan amat bernasib baik kerana mereka akan bersama kita dan menolong sebanyak yang mungkin dalam produksi ini, 3 orang daripada mereka akan menolong saya dengan penyediaan props, Kiki, Ann Gee dan Mira~ Dan Chris, seorang senior daripada Fakulti Bahasa dan Linguistik akan membantu untuk menyediakan storyboard. Kami sama-sama teruja tetapi pada masa yang sama bingung kerana tiada yang di antara kita yang pandai melukis. ALAMAK!! storyboard tu akan adanya orang lidi, ketawa terbahak-bahak kita sampai "difokus" oleh kumpulan lain.
  Bagi penyedian, kami membincangkan jalan cerita iklan LOLIPOP dan bagaiamana scene ini dimasukkan pelbagai idea. Dan yang paling saya ambil berat, ialah props yang diperlukan. Kami akan memerlukan Lolipop (sudah tentulah~), belon, bunga, basikal, baju yang banyak, aiskrim, patung beruang dan mungkin Cake Pop (teringin sangat untuk merasakannya, tidak pernah saya cuba sebelum ini)
  Masa shooting dan rehearsel dan sebagainya akan dibincangkan selanjutnya pada mesyuarat kemudian.

No comments:

Post a Comment